Monday, 15 July 2013

CARBON...ARA

Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Ramadhan semua!

Amacam puasa??meriah x?

Amacam ibadah?mutabaah?

Harap semua sedang menikmati keenakan beribadah la ye...

ok..setelah bberapa hari tak update blog.(konon nak update hari2...KATENYEEE...)

Disebabkan masalah kesihatan dan laptop digunakan oleh anok2 buoh yang  gile2 bersosial sebab x dapat nk bbuat sedemikian time kat asghama...so bagi la chance..give laptop not my phone..hehe..
OK..semalam saya buat special meal for break fast..hewhew..Carbonara Spagghhettii..eja x reti..sebenarnya dah buat sekali tapi bila buat semalam jadi macam nervous plak..hehe..yelah,orang lain x reti buat saya sorang je yang taw resipi daripada chef Zahanita ni(kakak)..semua tengok...gigil plak..kekeke

BAHAN2
-Spagetti/lenguine
-sosej
-keju n herb (dalam tin)
-carbonara mushroom (dalam tin)
-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 sudu cream cheese
-air 1 mug
-marjerin 
-serbuk lada hitam
- setengah sudu kecil garam

CARA2
1)rendam spagetti/lenguine dalam air mendidih around 20 minit
2)masukkan garam dan sedikit minyak
2)toskan dan basuh dengan air sejuk (nak elak spagetti melekat antara 1 sama lain)
2)ambil periuk lain..masukkan marjerin n masukkan bawang putih
3)bila bau dah naik,masukkan sosej
4)goreng sosej seketika
5)masukkan keju n herb,carbonara mushroom,cream cheese dan kacau 
6)masukkan air
7) tunggu sampai mendidih,kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
8)SIAP.hehe


Alhamdulillah,habis jugak..sebenarnya teragak2 nak buat sebab takut x abes...tapi bila bnde ni jadi appetizer so die pon laris..sebab semalam main course ialah spaggetti bolognese..SEDAPP..try la buat...

#sori x sempat nak letak gambar..

sekadar gambar hiasan


Thursday, 11 July 2013

KLOPUNG

Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan semua...bagaimana 1 Ramadhan anda? Harap2 semua happy melalui puasa pertama.
Semalam mak saya buat kuih untuk hidangan bebuka. Saya sempat jugak salin resipi untuk buat kuih tu. Nama dia KLOPUNG aka ONDE2 aka BUAH MELAKA.haaa..taw kan kan kan? kenapa klopung? tu sebenarnya loghat negeri sembilan..orang biasa panggil kelepong je...saje nak komersial kan loghat mak saya.hehe..anyway, bahan2 n cara2 saya tulis kt bawah.

Bahan2 dia:

-Tepung pulut
-Gula melaka (potong kecil2)
-Kelapa parut + garam halus
- Air daun pandan (blend)/ pewarna
-garam

Cara2:

1)  Masukkan air daun pandan ke dalam tepung pulut. Adun sampai jadi doh..
2)Ambil sedikit2 dan leperkan.
3)Masukkan gula melaka
4)Bentukkan supaya jadi bulat
5) Panaskan air dalam periuk.masukkan garam kasar
6)Bila air mendidih masukkan bulat2 tadi tu dalam air..hehe
7)Tunggu sampai klopung tu terapung di permukaan.
8)Golek2kan atas kelapa parut
9)Hidangkan.

Senang je.Cubalahhhh...


Gambar copy paste..Tak sempat nak ambil gambar semalam

Wednesday, 10 July 2013

CATATAN 1 RAMADHAN

بسم الله الحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Ramadan kareem saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan bonus ini pada tahun 1434H ini.

Seronok rasa hati ni.Tak terluah dengan kata2 kenikmatannya. Betapa ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Hmm...bersempena dengan 1 Ramadhan ni..maka bermulalah saya berblogging selepas membuat blog ni berhabuk dek kerana tak update. Jadi sempena Ramadhan ni in sha Allah nak update setiap hari..

Saya pasti setiap orang mesti nak memperbanyakkan ibadah dalam Ramadhan ni kan? Jadi untuk pastikan ibadah kita ni berterusan kita perlu buat satu jadual. Jadual ni dipanggil mutabaah.

Ni dia.. 








Saya pun ada download mutabaah ni utk aplikasi BFF saya (smartphone)..hehe..utk sesiapa yang dah guna smartphone korang boleh la download app ni kat play store ye..type je 'mutabaah ramadan'..

ni dia..





Dengan adanya mutabaah ni moga2 kita lebih bersemangat untuk mentransfomkan diri kita untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik.

Lastly..terimalah lagu baru Maher Zain (Ramadhan)



Salam Ramadhan semua..=)

Monday, 3 June 2013

This worldly life...(^_^)

Assalamualaikum...

 jom layan sat lagu ni...
                                          This worldly life by Maher Zain..

Lagu ini sangat best sebab bukan sahaja kita terhibur dengan susunan muziknya yang kontemporari tetapi mesej yang disampaikan sangat mendalam terutamanya di bahagian korus..

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
..


Betapa dunia ini sementara dan dunia sebenar kita adalah akhirat yang kekal abadi..
Betapa bestnye dunia sekarang ni rupanya best lagi dunia akhirat nanti..

LAYANNN..


reflection session..


Road to Ramadhan

Assalamualaikum.. Salam pagi

Hari ini telah masuk hari yang ke 24 dalam bulan rejab...
Jom kita nilai balik berapa banyakkah amalan kita dalam bulan ini.

dan bersediakah kita dalam menuju ramadhan tak berapa lama lagi..

Kalau kita mula menanam benih amalan seawal rejab.. in Sha ALLAH ibadah dalam bulan Ramadhan nanti akan konsisten dan tidak menjadi orang yang hanya semangat beribadah di awal ramdhan sedangkan kita perlu mengejar 10 malam terakhir yang menjadi VIP dalam bulan ramadhan...

JOM MULA AMALAN!!

Inspirational motivator

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
Kebahagiaan terletak di iman yang terletak di hati...
hari tiba2 rajin pulak nak update blog..last sekali update 12/4/2013...dah berhabuk rasanya tempat post ni..

Semua orang nak bahagia.. tiada sapa pun nak hidup derita..tapi sejauh mana kita faham maksud bahagia itu..dalam kata lain apakah sebenarnya bahagia itu?

Bahagia akan datang dari jiwa yang tenang...Bukanlah punya wang yang banyak itu membawa bahagia...tapi jiwa yang bersih itu yang mendorong kepada hati yang tenang..

Dalam dok bercerita tentang bahagia ni..saya membawakan seorang inspirational motivator yang tidak asing lagi pada masa kini..Beliau adalah Prof Dr.Muhaya Mohamad..



Saya sangat suka mendengar setiap bait kata2 beliau apabila memberikan motivasi kepada yang bertanya...
Saya mula mengenali beliau di stesen radio IKIM FM di slot beliau "Islam itu indah"...dalam slot ini..bliau akan menetapkan tajuk contohnya.."Reset minda orang insaf"..pendengar2 bebas bertanya apa2 sahaja soalan yang penting tidak keluar dari topik yang dibincangkan..

Kata2 beliau sangat memberi inspirasi dan berupaya mengubah minda seseorang supaya berfikiran positif..
Menyingkap peribadi beliau, beliau merupakan seorang doktor pakar mata yang mempunyai kepakaran dalam bidang lasik atau merawat rabun jauh dan dekat..

Dunia tanpa sempadan masa kini membolehkan beliau mendekati masyarakat dengan memberikan kata2 inspirasi melalui laman sosial facebook dan twitter..

Jom like beliau..=)..
prof dr muhaya

Dan kalau anda nak kenal beliau dengan lebih dekat lagi atau nak tahu mengenai jawatan beliau sebagai doktor pakar mata.. anda bolehlah meninjau2 website beliau...http://drmuhaya.com/...

Selamat me reset minda...=)





Friday, 12 April 2013

yOu aRe ThE nUmBer OnE fOr Me

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah kita semua masih diberikan nikmat utk hidup dan dapat rasa nikmat pling besar (iman &islam)...


KASIH IBU TIADA PENGHUJUNG...


Untuk entri kali ni..saya nak cite pasal hutang mak..hehe.

Cite die camni..Memandangkan sekarang ni cuti semester..Jadi,saya plan nk bayar hutang saya pada mak yang bernilai RM350..Saya pinjam duit mak sebab nk beli henset tp x cukup duit..Cite henset ni saya dah cite pd entri sebelum ni..


Semalam,saya berkira2 nak keluarkan duit dalam bank utk bayar duit mak. jadi camni:


Saya : Mak, nak mintak buku akaun BSN adik boleh tak?

Mak : Nak buat apa?

Saya: Nak keluarkan duit..

Mak: Nak buat apa?

Saya: Nak bayar duit mak..

Mak: Tak payah..


Perasaan saya: Terharu sebab mak sanggup keluarkan duit banyak utk penuhi kehendak (bukan keperluan) saya.. Saya rasa tak patutnya minta duit mak dulu utk beli henset sebab saya bercadang nk pkai duit sendiri..

Tapi,andai itu takdirnya..


Ya Allah..terima kasih kerana anugerahkan mak yang paling baik untuk saya..


ALHAMDULILLAH..