Monday, 3 June 2013

Inspirational motivator

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
Kebahagiaan terletak di iman yang terletak di hati...
hari tiba2 rajin pulak nak update blog..last sekali update 12/4/2013...dah berhabuk rasanya tempat post ni..

Semua orang nak bahagia.. tiada sapa pun nak hidup derita..tapi sejauh mana kita faham maksud bahagia itu..dalam kata lain apakah sebenarnya bahagia itu?

Bahagia akan datang dari jiwa yang tenang...Bukanlah punya wang yang banyak itu membawa bahagia...tapi jiwa yang bersih itu yang mendorong kepada hati yang tenang..

Dalam dok bercerita tentang bahagia ni..saya membawakan seorang inspirational motivator yang tidak asing lagi pada masa kini..Beliau adalah Prof Dr.Muhaya Mohamad..



Saya sangat suka mendengar setiap bait kata2 beliau apabila memberikan motivasi kepada yang bertanya...
Saya mula mengenali beliau di stesen radio IKIM FM di slot beliau "Islam itu indah"...dalam slot ini..bliau akan menetapkan tajuk contohnya.."Reset minda orang insaf"..pendengar2 bebas bertanya apa2 sahaja soalan yang penting tidak keluar dari topik yang dibincangkan..

Kata2 beliau sangat memberi inspirasi dan berupaya mengubah minda seseorang supaya berfikiran positif..
Menyingkap peribadi beliau, beliau merupakan seorang doktor pakar mata yang mempunyai kepakaran dalam bidang lasik atau merawat rabun jauh dan dekat..

Dunia tanpa sempadan masa kini membolehkan beliau mendekati masyarakat dengan memberikan kata2 inspirasi melalui laman sosial facebook dan twitter..

Jom like beliau..=)..
prof dr muhaya

Dan kalau anda nak kenal beliau dengan lebih dekat lagi atau nak tahu mengenai jawatan beliau sebagai doktor pakar mata.. anda bolehlah meninjau2 website beliau...http://drmuhaya.com/...

Selamat me reset minda...=)





No comments:

Post a Comment