Sunday, 17 November 2013

Ciri suami Awesome, - Ustaz Azhar Idrus...



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, dok tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

MashaAllah......

Wednesday, 9 October 2013

I LOVE YOU

 Special dedication to my BFF K.ELIA, JANNAH, AND ...........

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
 


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,


Mungkin kita tak bersama itu takdirnya,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..

Wednesday, 25 September 2013

UNEXPECTED AND THE HAPPIEST MOMENT

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..

Tiada kata lain yang terucap melainkan syukur yang tersangat pada Rabb Azza Wajalla atas nikmat yang diimpikan dinantikan selama mengaji di USIM ni... :'))))


Setelah mencuba 6x dan membuatkan MPM semakin kaya...Penantian akhirnya membuahkan hasil.. Actually sangat tak sangka akan diberikan nikmat ini..

Finally, saya boleh berangan nak pakai jubah konvo..Rasa nak jerit kuat2...ya Allah! Alhamdulillah aku LAYAK UNTUK KONVO!!.perasaan tu sangat best !! :)

A very special thanks to my mak... kalo takde tiupan semangat mak (even kena bebel,marah,sindir and etc)..tapi adik taw doa mak untuk anak2 takkan berhenti dan itulah doa paling mustajab dalam dunia ni dan tanpa itu adik tak kan sampai ke tahap ni...huhu..sedihhh :')...

Tak lupa untuk abg2 n kakak2 yang sentiasa support and membakar semangat supaya tidak putus asa dalam perjuangan ini..ketahuilah..anda2 sume sangat AWESOME!! hik3..

Untuk rakan2 yg dah melepasi tahap band 3 keatas...anda sangat memberi inspirasi kpd sy utk jadi mcm anda...THANKS GUYS!

Untuk rakan2 yang masih berjuang!...PLEASE! have a very strong FAITH to Allah s.w.t..jangan give up...percaya dengan rezeki anda...paling penting sedeqah x kira susah atau senang...tu petuanya..in sha Allah ramai yang kita x kenal akan doakan kita..

Last but not least...my BFf...even baru kenal...awak n kita ada chemistry ok!itu yang paling best.. :)thanks for ur support and pray for me.. saya bagi hijau kt awak..ur favourite colour..<3<3<3



Monday, 15 July 2013

CARBON...ARA

Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Ramadhan semua!

Amacam puasa??meriah x?

Amacam ibadah?mutabaah?

Harap semua sedang menikmati keenakan beribadah la ye...

ok..setelah bberapa hari tak update blog.(konon nak update hari2...KATENYEEE...)

Disebabkan masalah kesihatan dan laptop digunakan oleh anok2 buoh yang  gile2 bersosial sebab x dapat nk bbuat sedemikian time kat asghama...so bagi la chance..give laptop not my phone..hehe..
OK..semalam saya buat special meal for break fast..hewhew..Carbonara Spagghhettii..eja x reti..sebenarnya dah buat sekali tapi bila buat semalam jadi macam nervous plak..hehe..yelah,orang lain x reti buat saya sorang je yang taw resipi daripada chef Zahanita ni(kakak)..semua tengok...gigil plak..kekeke

BAHAN2
-Spagetti/lenguine
-sosej
-keju n herb (dalam tin)
-carbonara mushroom (dalam tin)
-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 sudu cream cheese
-air 1 mug
-marjerin 
-serbuk lada hitam
- setengah sudu kecil garam

CARA2
1)rendam spagetti/lenguine dalam air mendidih around 20 minit
2)masukkan garam dan sedikit minyak
2)toskan dan basuh dengan air sejuk (nak elak spagetti melekat antara 1 sama lain)
2)ambil periuk lain..masukkan marjerin n masukkan bawang putih
3)bila bau dah naik,masukkan sosej
4)goreng sosej seketika
5)masukkan keju n herb,carbonara mushroom,cream cheese dan kacau 
6)masukkan air
7) tunggu sampai mendidih,kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
8)SIAP.hehe


Alhamdulillah,habis jugak..sebenarnya teragak2 nak buat sebab takut x abes...tapi bila bnde ni jadi appetizer so die pon laris..sebab semalam main course ialah spaggetti bolognese..SEDAPP..try la buat...

#sori x sempat nak letak gambar..

sekadar gambar hiasan


Thursday, 11 July 2013

KLOPUNG

Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan semua...bagaimana 1 Ramadhan anda? Harap2 semua happy melalui puasa pertama.
Semalam mak saya buat kuih untuk hidangan bebuka. Saya sempat jugak salin resipi untuk buat kuih tu. Nama dia KLOPUNG aka ONDE2 aka BUAH MELAKA.haaa..taw kan kan kan? kenapa klopung? tu sebenarnya loghat negeri sembilan..orang biasa panggil kelepong je...saje nak komersial kan loghat mak saya.hehe..anyway, bahan2 n cara2 saya tulis kt bawah.

Bahan2 dia:

-Tepung pulut
-Gula melaka (potong kecil2)
-Kelapa parut + garam halus
- Air daun pandan (blend)/ pewarna
-garam

Cara2:

1)  Masukkan air daun pandan ke dalam tepung pulut. Adun sampai jadi doh..
2)Ambil sedikit2 dan leperkan.
3)Masukkan gula melaka
4)Bentukkan supaya jadi bulat
5) Panaskan air dalam periuk.masukkan garam kasar
6)Bila air mendidih masukkan bulat2 tadi tu dalam air..hehe
7)Tunggu sampai klopung tu terapung di permukaan.
8)Golek2kan atas kelapa parut
9)Hidangkan.

Senang je.Cubalahhhh...


Gambar copy paste..Tak sempat nak ambil gambar semalam

Wednesday, 10 July 2013

CATATAN 1 RAMADHAN

بسم الله الحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Ramadan kareem saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan bonus ini pada tahun 1434H ini.

Seronok rasa hati ni.Tak terluah dengan kata2 kenikmatannya. Betapa ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Hmm...bersempena dengan 1 Ramadhan ni..maka bermulalah saya berblogging selepas membuat blog ni berhabuk dek kerana tak update. Jadi sempena Ramadhan ni in sha Allah nak update setiap hari..

Saya pasti setiap orang mesti nak memperbanyakkan ibadah dalam Ramadhan ni kan? Jadi untuk pastikan ibadah kita ni berterusan kita perlu buat satu jadual. Jadual ni dipanggil mutabaah.

Ni dia.. 








Saya pun ada download mutabaah ni utk aplikasi BFF saya (smartphone)..hehe..utk sesiapa yang dah guna smartphone korang boleh la download app ni kat play store ye..type je 'mutabaah ramadan'..

ni dia..





Dengan adanya mutabaah ni moga2 kita lebih bersemangat untuk mentransfomkan diri kita untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik.

Lastly..terimalah lagu baru Maher Zain (Ramadhan)



Salam Ramadhan semua..=)

Monday, 3 June 2013

This worldly life...(^_^)

Assalamualaikum...

 jom layan sat lagu ni...
                                          This worldly life by Maher Zain..

Lagu ini sangat best sebab bukan sahaja kita terhibur dengan susunan muziknya yang kontemporari tetapi mesej yang disampaikan sangat mendalam terutamanya di bahagian korus..

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
..


Betapa dunia ini sementara dan dunia sebenar kita adalah akhirat yang kekal abadi..
Betapa bestnye dunia sekarang ni rupanya best lagi dunia akhirat nanti..

LAYANNN..


reflection session..


Road to Ramadhan

Assalamualaikum.. Salam pagi

Hari ini telah masuk hari yang ke 24 dalam bulan rejab...
Jom kita nilai balik berapa banyakkah amalan kita dalam bulan ini.

dan bersediakah kita dalam menuju ramadhan tak berapa lama lagi..

Kalau kita mula menanam benih amalan seawal rejab.. in Sha ALLAH ibadah dalam bulan Ramadhan nanti akan konsisten dan tidak menjadi orang yang hanya semangat beribadah di awal ramdhan sedangkan kita perlu mengejar 10 malam terakhir yang menjadi VIP dalam bulan ramadhan...

JOM MULA AMALAN!!

Inspirational motivator

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
Kebahagiaan terletak di iman yang terletak di hati...
hari tiba2 rajin pulak nak update blog..last sekali update 12/4/2013...dah berhabuk rasanya tempat post ni..

Semua orang nak bahagia.. tiada sapa pun nak hidup derita..tapi sejauh mana kita faham maksud bahagia itu..dalam kata lain apakah sebenarnya bahagia itu?

Bahagia akan datang dari jiwa yang tenang...Bukanlah punya wang yang banyak itu membawa bahagia...tapi jiwa yang bersih itu yang mendorong kepada hati yang tenang..

Dalam dok bercerita tentang bahagia ni..saya membawakan seorang inspirational motivator yang tidak asing lagi pada masa kini..Beliau adalah Prof Dr.Muhaya Mohamad..



Saya sangat suka mendengar setiap bait kata2 beliau apabila memberikan motivasi kepada yang bertanya...
Saya mula mengenali beliau di stesen radio IKIM FM di slot beliau "Islam itu indah"...dalam slot ini..bliau akan menetapkan tajuk contohnya.."Reset minda orang insaf"..pendengar2 bebas bertanya apa2 sahaja soalan yang penting tidak keluar dari topik yang dibincangkan..

Kata2 beliau sangat memberi inspirasi dan berupaya mengubah minda seseorang supaya berfikiran positif..
Menyingkap peribadi beliau, beliau merupakan seorang doktor pakar mata yang mempunyai kepakaran dalam bidang lasik atau merawat rabun jauh dan dekat..

Dunia tanpa sempadan masa kini membolehkan beliau mendekati masyarakat dengan memberikan kata2 inspirasi melalui laman sosial facebook dan twitter..

Jom like beliau..=)..
prof dr muhaya

Dan kalau anda nak kenal beliau dengan lebih dekat lagi atau nak tahu mengenai jawatan beliau sebagai doktor pakar mata.. anda bolehlah meninjau2 website beliau...http://drmuhaya.com/...

Selamat me reset minda...=)





Friday, 12 April 2013

yOu aRe ThE nUmBer OnE fOr Me

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah kita semua masih diberikan nikmat utk hidup dan dapat rasa nikmat pling besar (iman &islam)...


KASIH IBU TIADA PENGHUJUNG...


Untuk entri kali ni..saya nak cite pasal hutang mak..hehe.

Cite die camni..Memandangkan sekarang ni cuti semester..Jadi,saya plan nk bayar hutang saya pada mak yang bernilai RM350..Saya pinjam duit mak sebab nk beli henset tp x cukup duit..Cite henset ni saya dah cite pd entri sebelum ni..


Semalam,saya berkira2 nak keluarkan duit dalam bank utk bayar duit mak. jadi camni:


Saya : Mak, nak mintak buku akaun BSN adik boleh tak?

Mak : Nak buat apa?

Saya: Nak keluarkan duit..

Mak: Nak buat apa?

Saya: Nak bayar duit mak..

Mak: Tak payah..


Perasaan saya: Terharu sebab mak sanggup keluarkan duit banyak utk penuhi kehendak (bukan keperluan) saya.. Saya rasa tak patutnya minta duit mak dulu utk beli henset sebab saya bercadang nk pkai duit sendiri..

Tapi,andai itu takdirnya..


Ya Allah..terima kasih kerana anugerahkan mak yang paling baik untuk saya..


ALHAMDULILLAH..


Saturday, 23 March 2013

Lupa

Assalamualaikum w.b.t


Babak di suatu petang...


Astaghfirullah...macam mana la boleh lupa bawak!!

Padahal dah set dlm kepala nak beli printer..tp boleh pulak lupa bawak baucer utk beli benda alah tu..


Insiden ini membuatkan saya berfikir sejenak..

Betapa insan ini memang dilahirkan dalam keadaan lemah..

وخلق الإنسان ضعيفا


Tak lari dari kelupaan dan kelalaian..Betapa kerdilnya rasa di hadapan Tuhan..Harap tak ulangi kesilapan ini lagi..






p/s: Nak hilangkan tension lepak snogurt..huhu






Friday, 22 March 2013

New BFF

Assalamualaikum w.b.t

Announcing the arrival of SAMSUNG GALAXY SIII MINI...

Welcome my  dear..<3<3<3

Bertemu kembali di hari ke 22 bulan Mac 2013 ni.. 

Hari ni sy akan tukar ganti nama dpd 'aku' kpd 'saya'.

Alhamdulillah hajat untuk memiliki smartphone tercapai jugak...HAPPYNYEE!!

 

Setelah tiga bulan survey dan menunggu akhirnya penantian berhasil..

 

Alkisah, cerita bermula apabila fon sony ericsson sy mula buat hal..skrin tak mahu hidup dan menunjukkan tanda2 kematiannya..(sedihhh)

So, sy pun berangan nk punya fon baru..Sementara survey2 tu..sy beli fon Nokia tak ingat model apa tp boleh call,mesej dan radio..

Jadi, sy teringat bajet 2013, belia dpt rebat rm200 utk beli smartphone.(WAH! golden chance!)

Tak lama lepas tu kwan sy (k.Elia Husna) cerita yg dia beli smartphone guna rebat kt Kedai Sen Heng..

 

Sen Heng bagus sbb dia x kan minta kita dftar pelan data (pelan internet dlm henset).Dia just bagi sim kad U Mobile je. Masa tu pulak tgh cuti sem dan sy kt kampung (Rengit)..Setelah bbincang..mak berstuju utk sponsor beli henset baru ni..(SERONOKNYE!) terima kasih mak!=)

 

Tp mmg teruji betul bila pergi survey kt Sen Heng Batu Pahat. Dia boleh pulak kata kalau nak beli hari ni mmg x dapat..paling2 pon kena tunggu 2 minggu hingga sebulan.. (WHAT???)..Tp disebabkan xde pilihan dan sy fkir senh heng mmg xde kt nilai sy pon tpaksa tulis nama dan bg no contact.Memang menguji kesabaran betul..(istighfar bbnyak)

 

ye2 la tunggu dekat sbulan langsung xde dgr khabar berita..sy pon telefon Sen Heng batu pahat..menyakit hati betul sbb dia kata stok belum smpai..sekali lagi jwapan mengecewakan sy terima..(sabarr)

 

Tak sangka pulak rupa2nya kt nilai pon ada senheng.2 buah lagi tu..bt pahat ada??.wahhh..mcm best je..

Apa lagi,ada masa kosong je sy trus survey kdai yg besar..masa tu duit xde..malas nk tnya lebih2..tp dia kata bole dpt dlm masa sminggu..

 

Tak lama lepas tu sy dan kwan sy (k.nana) pergi kdai yg ke2 plak.. masa ni sy rasa terdesak sgt sbb sy mmg memerlukan hset yg ada kamera utk buat assignment yg mmerlukan utk sy ambil gmbar..susahnya kalo asyik nk harap kt org je..x suka..sy berkenan kt smsung ace plus..tp sygnya henset tu dah habis kuota utk guna rebat..Survey2..samsung galaxy s3 mini dah turun harga laa!drpd rm 1109 x silap kpd rm999..nmpk menarik..hmm

 

Dua hari lpas tu..hari sabtu (16/3/2013)..sy akhirnya memiliki my samsung galaxy s3 mini..Alhamdulillah.. Harga lepas tolak rebat adalah rm799.tp sy kena tmbah rm12 utk keahlian senheng dan rm49 utk warranty 4 tahun..so total semua rm860..

 

BFF sy..sorry la x reti nk rotate gmbr..hehe

 

 

 

  

   


Friday, 1 March 2013

No Idea

Assalamualaikum w.b.t


Selamat malam jumaat..


Dalam semester 6 ni..kitorang ambil subjek Metodologi Penyelidikan.So,kitorang ditugaskan untuk cari tajuk TESIS ye kawan2..Aduh..Rasa sangat dah hujung2 nyawa je belajar kt USIM ni..


Tapi pointnye kat sini aku masih tak dapat lagi tajuk yang bersesuaian untuk dibuat TESIS ni..Orang lain siap Dr.Mikail(lecturer kami) da terima dah tajuk diorang..Aku masih dok cari2 lagi..Peningnye la haiii..

Ape nak jadi..Yang mencabarnya sebab kena buat tajuk yang tak pernah orang lain buat sebelum ni..jenuh la jugak..Kena la tahu tajuk apa yang dibuat sebelum ni..SABAR..


Takpe2..esok nak jumpa sifu..tanya pendapat..




I HAVE NO IDEA..(tetap tersenyum seperti zirafah kt atas)


p/s: Alhamdulillah..masih diberikan nyawa sehingga dapat rasa kehadiran 1 MAC 2013


Monday, 25 February 2013

Untuk keLIMA kalinya..

Assalamualaikum w.b.t


Esok aku bakal menghadapi MUET speaking test..UNTUK KALI KELIMA...hope for the best

prepare for the worse...kejap lagi nak buat revision..Setiap kali nak test setiap kali tu lah aku nervous gila kot..aduhhh..So,kalau sesiapa yang rasa nervous tak tentu hala tu dan takut kalau2 slip tongue ke..Baca lah doa ni banyak2..In sha Allah Allah mesti tolong kita..

Apa apa pun effort tu sangat penting..Ingat tak Allah pesan apa?

So,jangan berhenti berusaha taw!!Pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa yang baca..kalau ade laaa...




Wednesday, 20 February 2013

MUET AND MUAT

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini mulalah kelas ku..ada 2 subjek sahaja yang ada lecturer..Yang lain nampaknya minggu depan la tu..

So..malam ni mula study muet esp untuk speaking test..Sebab aku punya turn minggu depan 26/2/2013 hari selasa 7.30 pagi..Skip kelas lagi la nampaknya...Ambil di Bentong Pahang..So,tonight im just did blog walking and im attacted to muet teachers blog..she always updating her blog and put many good tips and answer scheme so that we can learn from there.so,all her follower will be  her students laah.


Actually,tomorrow i will joining muet workshop (speaking) organised by SRC.it will be held at dkf 2.1 on 2.30 until around 5 mybe..hope for the best tomorrow..


I dont know why..after get back from maldives i feel confident to speak in english (even broken)..

Alhamdulillah,Allah showed me by gave me opportunity to joined DIMAS and give me the chance to practice my english to MNU students..and im so thankful to have friends like them because they are so kind and they dont mind even our english so broken..haha..(like this)..because for them the important is we can communicate with them.


I hope I can do it to my arabic as well and i hope One day i will be able to speak  both of language to others fluently..thats is my vision..In sha Allah..


p/s: Balik kelas tadi dalam pukul 12.30 tengok2 dah ada ahli rumah baru..Asal dari kelantan..Actually,shes extended her study because took medical leave (bersalin)..dah kahwin rupanya..so,k.mira pon kena kemas2 barang2 dia sebab akak tu nak pindah masuk barang dia.

Monday, 18 February 2013

Welcome Back..

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah..setelah 4 jam perjalanan hari ni..akhirnya tiba juga di destinasi lubuk ilmu,Nilai,Negeri Sembilan.Tak sangka pulak 1 bas dengan hana salim..


Sampai je rumah,buka pintu takde orang.k.mira je ada..yang lain pergi kelas.Aku je ponteng..hehe

Laponyeee..lepas solat..lipat2 telekung..zupp.!masak maggi dan  menjamah maggi kari..errrkk..Alhamdulillah..kenyang..Lepas tu kemas2 barang..Tengah syok kemas.ada orang beri salam..K.elia dan fizah balik dri kelas..seronoknye jumpa lepas dah lama cuti ni..nak2 jumpe orang baru balik Tanah Suci Makkah..Ambik berkat orang kata..peluk puas2..hehe


Tiba2 k.elia ckap "happy birthday" dan suruh aku hulur tangan..aku tutup mata pulak..hehe..nak suprise la konon..bukak2 je mata dapat 2 keychain dan 2 gelang..dapat key chain nama saya!!seronoknya..salah satu gelang tu buat dpd kayu kokka..wah..rasa2 mcm mahal tu..XIE XIE KAK ELIA!!=)



So,sepanjang petang tadi syok la dengar cerita2 Makkah drpada K.elia dan borak2 kenangan di Maldives..Macam2..Maklumlah dah lama cuti so sambung la cerita2 yang tak sempat nak dibualkan masa balik Maldives..


Malam Fizah mula angkat barang2 die nak pindah ke rumah sewa..hurmm..sedihnya bila rasa kehilangan seorang daripada ahli rumah ni..takpelah..setiap pertemuan dan perpisahan tu terkandung hikmah..


Malam ni kena tidur awal(semangat nak gi kelas)..Esok bermulalah perjuangan aku sebagai mahasiswa semester 2 tahun 3 Universiti Sains Islam Malaysia..terlambat sehari daripada orang lain..hehe..


Ya Allah kuatkanlah azamku,semangatku,jiwaku,hatiku dalam menempuhi segala cubaan,dugaan,ujian dlam semester ini..Perkenankan doaku ini..Amin Ya Rabb..


p/s: hari ni mula baca buku DIARI MUSAFIR JANGAN BERHENTI BERLARI karya

DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN (untuk membangun semangat  menuntut ilmu dalam jiwa)

MOMENT..Hurmm

Assalamualaikum dan selamat malam/pagi


Sedihnye hati bile masuk sem baru ni..yelah..bile masuk ke dimensi baru segalanya akn menjadi baru even kita tetap di tempat yang sama..keadaan akan menjadi baru dan kita akan menemui sesuatu yang baru dan kite x prnah jangka semua itu akan berlaku..


Ahhh..berat sume ni..actually,aku baru je chatting dgn k.mira..housemate ak mase sem 5..sepanjang sem 5 lepas..kitorang ex-JAKSA ni sume dapat 1 rumah...persaan:sangat bahagia!!!yela..kitorang mmg da kenal pastu dapat plak satu rumah..hehe..macam2 perangai,ragam yang nakalnye lain..yang kuat mengusiknye lain(cam ak je tu)..yang ehem2 nye lain..haha..manis sangat sume tu..tp bile masuk sem 6 ni..sorang2 mninggalkn kami..daripada ahli rumah kami 8 org..tinggal 4 org yang msih mnetap di rumah yang sama..yang lain..memilih jalan yang dapat memudahkan mereka untuk menuntut ilmu..k.shu dah praktikal..k.mira dan fiza dduk rumah sewa.kalo nak cite pasal setiap seorang dalam rumah ni memang tak kan habis..IM VERY HAPPY WITH IT!


Kitorang sebenarnya bukan saja2 ditempatkan di satu rumah yang sama..tetapi kerana tugas kami yang belum selesai iaitu Program Lawatan Antarabangsa DIMAS.Program ni sangant besar dan memerlukan sokongan kerjasama yang sangat padu.hmm..Nanti la ak cite pasal DIMAS ni dalam entri lain..jenuh nak baca kalo cite kat sini...Tapi ia sangat2 SUPERB!


Alhamdulillah..thanks to Allah because gave me these sweet moments in my life..im very thankful!!


Jadi..konklusinye...bersyukur atas apa yang kita alami sekarang dan jangan sesekali mengeluh,merungut atau membenci ia...Mungkin ianya hanya datang sekali saja dalam hihup kita..BE THANKFUL!

Sunday, 17 February 2013

ASSUMPTION!

Assalamualaikum..



Setelah melalui beberapa  minggu dduk kt rumah..mAka cuti pon smpai ke penghujungnya...Perasaan??adehh..sronok nk blek nilai tp sdih nk tingglkan rumah..ceh..mcm nk pegi jauh sangat je..tpi x kisah la berapa jarak sekali pun...kalau kte da seronok kt satu tempat tu mesti berat hati tu ada nak tinggalkan tempat tu...apatah lagi mmg bnyak nikmat yang ada kt ctu..ALHAMDULILLAH..Banyak sgt nikmat Allah...


TAPI..demi perjuangan yang belum smpai ke penamatnya...aku mesti STRIVVVEEE for it...semester 6 ni ak rasakan sgt mncabar kerana otakku harus bersedia utk memasukkan 9 SUBJEK yang berjumlah 25 JAM KREDIT! 1st time tgk jdual..YA ALLAH...betul ke nih??lebih perit lagi bile melihatkan BAHASA INGGERIS 3 yang perlu hadap...aduihh..tula suruh study MUET malas..kan dah kene amek BI 3...Takut gak...




Bukan ape..yela tengok result SEM 5 yang agak kencangg!!(gmbira sbb mningkat)) tu yg mnjadikan ak rse gerun dgn sem 6..Orang kata bile amek BI 3 ni boleh jatuhkan pointer saya..nak2 bile subjek tu kte dpt mrkah rendah..ALLAHUMMAFTAH ALAINA HIKMATAKA...nak tgk x rsult saya?x yah la..segan la plak..bukan 4.0 pon..hehe


BELUM ape2 lagi da mcm org give up kan??ape2 je..Cubela jadik org yg POSITIVE!!heerggh..come on lah..belum cuba belum taw kan...


Sebenarnya..apa yg penting usaha kita...hmm,,ak fkir kene plan dlu apa kene buat utk sem ni..mcm2 da de dlm kpale ni..cume x terluah je..jadiknye..tulis dalm ni la..boleh x?



Saturday, 9 February 2013

im new one

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah tercapai jugak angan2 yang selama ni asyik sengaja ditangguhkan.hehe..emm..utk pertama kalinya x taw nk tulis apa dlm ni..yang penting hari ni adlah hari lahir blog ini..9 februari 2013..hari sabtu..4.54 petang...di teratak ASYIRAH MARDHIAH..di kala hujan yang lebat...maka..uwekkk.uwekk...


Actually,dah lama nak buat tp ak x taw nk post apa dlm ni...so..disebabkan ada bberapa perkara pnting dan atas desakan bberapa faktor...ak mnimbang2 utk mnjadi seorang blogger...so,terbinalah ini blog...hehe..