Monday, 15 July 2013

CARBON...ARA

Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Ramadhan semua!

Amacam puasa??meriah x?

Amacam ibadah?mutabaah?

Harap semua sedang menikmati keenakan beribadah la ye...

ok..setelah bberapa hari tak update blog.(konon nak update hari2...KATENYEEE...)

Disebabkan masalah kesihatan dan laptop digunakan oleh anok2 buoh yang  gile2 bersosial sebab x dapat nk bbuat sedemikian time kat asghama...so bagi la chance..give laptop not my phone..hehe..
OK..semalam saya buat special meal for break fast..hewhew..Carbonara Spagghhettii..eja x reti..sebenarnya dah buat sekali tapi bila buat semalam jadi macam nervous plak..hehe..yelah,orang lain x reti buat saya sorang je yang taw resipi daripada chef Zahanita ni(kakak)..semua tengok...gigil plak..kekeke

BAHAN2
-Spagetti/lenguine
-sosej
-keju n herb (dalam tin)
-carbonara mushroom (dalam tin)
-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 sudu cream cheese
-air 1 mug
-marjerin 
-serbuk lada hitam
- setengah sudu kecil garam

CARA2
1)rendam spagetti/lenguine dalam air mendidih around 20 minit
2)masukkan garam dan sedikit minyak
2)toskan dan basuh dengan air sejuk (nak elak spagetti melekat antara 1 sama lain)
2)ambil periuk lain..masukkan marjerin n masukkan bawang putih
3)bila bau dah naik,masukkan sosej
4)goreng sosej seketika
5)masukkan keju n herb,carbonara mushroom,cream cheese dan kacau 
6)masukkan air
7) tunggu sampai mendidih,kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
8)SIAP.hehe


Alhamdulillah,habis jugak..sebenarnya teragak2 nak buat sebab takut x abes...tapi bila bnde ni jadi appetizer so die pon laris..sebab semalam main course ialah spaggetti bolognese..SEDAPP..try la buat...

#sori x sempat nak letak gambar..

sekadar gambar hiasan


Thursday, 11 July 2013

KLOPUNG

Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan semua...bagaimana 1 Ramadhan anda? Harap2 semua happy melalui puasa pertama.
Semalam mak saya buat kuih untuk hidangan bebuka. Saya sempat jugak salin resipi untuk buat kuih tu. Nama dia KLOPUNG aka ONDE2 aka BUAH MELAKA.haaa..taw kan kan kan? kenapa klopung? tu sebenarnya loghat negeri sembilan..orang biasa panggil kelepong je...saje nak komersial kan loghat mak saya.hehe..anyway, bahan2 n cara2 saya tulis kt bawah.

Bahan2 dia:

-Tepung pulut
-Gula melaka (potong kecil2)
-Kelapa parut + garam halus
- Air daun pandan (blend)/ pewarna
-garam

Cara2:

1)  Masukkan air daun pandan ke dalam tepung pulut. Adun sampai jadi doh..
2)Ambil sedikit2 dan leperkan.
3)Masukkan gula melaka
4)Bentukkan supaya jadi bulat
5) Panaskan air dalam periuk.masukkan garam kasar
6)Bila air mendidih masukkan bulat2 tadi tu dalam air..hehe
7)Tunggu sampai klopung tu terapung di permukaan.
8)Golek2kan atas kelapa parut
9)Hidangkan.

Senang je.Cubalahhhh...


Gambar copy paste..Tak sempat nak ambil gambar semalam

Wednesday, 10 July 2013

CATATAN 1 RAMADHAN

بسم الله الحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Ramadan kareem saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan bonus ini pada tahun 1434H ini.

Seronok rasa hati ni.Tak terluah dengan kata2 kenikmatannya. Betapa ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Hmm...bersempena dengan 1 Ramadhan ni..maka bermulalah saya berblogging selepas membuat blog ni berhabuk dek kerana tak update. Jadi sempena Ramadhan ni in sha Allah nak update setiap hari..

Saya pasti setiap orang mesti nak memperbanyakkan ibadah dalam Ramadhan ni kan? Jadi untuk pastikan ibadah kita ni berterusan kita perlu buat satu jadual. Jadual ni dipanggil mutabaah.

Ni dia.. 








Saya pun ada download mutabaah ni utk aplikasi BFF saya (smartphone)..hehe..utk sesiapa yang dah guna smartphone korang boleh la download app ni kat play store ye..type je 'mutabaah ramadan'..

ni dia..





Dengan adanya mutabaah ni moga2 kita lebih bersemangat untuk mentransfomkan diri kita untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik.

Lastly..terimalah lagu baru Maher Zain (Ramadhan)



Salam Ramadhan semua..=)