Sunday, 17 November 2013

Ciri suami Awesome, - Ustaz Azhar Idrus...



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, dok tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

MashaAllah......

Wednesday, 9 October 2013

I LOVE YOU

 Special dedication to my BFF K.ELIA, JANNAH, AND ...........

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
 


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,


Mungkin kita tak bersama itu takdirnya,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..

Wednesday, 25 September 2013

UNEXPECTED AND THE HAPPIEST MOMENT

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..

Tiada kata lain yang terucap melainkan syukur yang tersangat pada Rabb Azza Wajalla atas nikmat yang diimpikan dinantikan selama mengaji di USIM ni... :'))))


Setelah mencuba 6x dan membuatkan MPM semakin kaya...Penantian akhirnya membuahkan hasil.. Actually sangat tak sangka akan diberikan nikmat ini..

Finally, saya boleh berangan nak pakai jubah konvo..Rasa nak jerit kuat2...ya Allah! Alhamdulillah aku LAYAK UNTUK KONVO!!.perasaan tu sangat best !! :)

A very special thanks to my mak... kalo takde tiupan semangat mak (even kena bebel,marah,sindir and etc)..tapi adik taw doa mak untuk anak2 takkan berhenti dan itulah doa paling mustajab dalam dunia ni dan tanpa itu adik tak kan sampai ke tahap ni...huhu..sedihhh :')...

Tak lupa untuk abg2 n kakak2 yang sentiasa support and membakar semangat supaya tidak putus asa dalam perjuangan ini..ketahuilah..anda2 sume sangat AWESOME!! hik3..

Untuk rakan2 yg dah melepasi tahap band 3 keatas...anda sangat memberi inspirasi kpd sy utk jadi mcm anda...THANKS GUYS!

Untuk rakan2 yang masih berjuang!...PLEASE! have a very strong FAITH to Allah s.w.t..jangan give up...percaya dengan rezeki anda...paling penting sedeqah x kira susah atau senang...tu petuanya..in sha Allah ramai yang kita x kenal akan doakan kita..

Last but not least...my BFf...even baru kenal...awak n kita ada chemistry ok!itu yang paling best.. :)thanks for ur support and pray for me.. saya bagi hijau kt awak..ur favourite colour..<3<3<3



Monday, 15 July 2013

CARBON...ARA

Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Ramadhan semua!

Amacam puasa??meriah x?

Amacam ibadah?mutabaah?

Harap semua sedang menikmati keenakan beribadah la ye...

ok..setelah bberapa hari tak update blog.(konon nak update hari2...KATENYEEE...)

Disebabkan masalah kesihatan dan laptop digunakan oleh anok2 buoh yang  gile2 bersosial sebab x dapat nk bbuat sedemikian time kat asghama...so bagi la chance..give laptop not my phone..hehe..
OK..semalam saya buat special meal for break fast..hewhew..Carbonara Spagghhettii..eja x reti..sebenarnya dah buat sekali tapi bila buat semalam jadi macam nervous plak..hehe..yelah,orang lain x reti buat saya sorang je yang taw resipi daripada chef Zahanita ni(kakak)..semua tengok...gigil plak..kekeke

BAHAN2
-Spagetti/lenguine
-sosej
-keju n herb (dalam tin)
-carbonara mushroom (dalam tin)
-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 sudu cream cheese
-air 1 mug
-marjerin 
-serbuk lada hitam
- setengah sudu kecil garam

CARA2
1)rendam spagetti/lenguine dalam air mendidih around 20 minit
2)masukkan garam dan sedikit minyak
2)toskan dan basuh dengan air sejuk (nak elak spagetti melekat antara 1 sama lain)
2)ambil periuk lain..masukkan marjerin n masukkan bawang putih
3)bila bau dah naik,masukkan sosej
4)goreng sosej seketika
5)masukkan keju n herb,carbonara mushroom,cream cheese dan kacau 
6)masukkan air
7) tunggu sampai mendidih,kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam.
8)SIAP.hehe


Alhamdulillah,habis jugak..sebenarnya teragak2 nak buat sebab takut x abes...tapi bila bnde ni jadi appetizer so die pon laris..sebab semalam main course ialah spaggetti bolognese..SEDAPP..try la buat...

#sori x sempat nak letak gambar..

sekadar gambar hiasan


Thursday, 11 July 2013

KLOPUNG

Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan semua...bagaimana 1 Ramadhan anda? Harap2 semua happy melalui puasa pertama.
Semalam mak saya buat kuih untuk hidangan bebuka. Saya sempat jugak salin resipi untuk buat kuih tu. Nama dia KLOPUNG aka ONDE2 aka BUAH MELAKA.haaa..taw kan kan kan? kenapa klopung? tu sebenarnya loghat negeri sembilan..orang biasa panggil kelepong je...saje nak komersial kan loghat mak saya.hehe..anyway, bahan2 n cara2 saya tulis kt bawah.

Bahan2 dia:

-Tepung pulut
-Gula melaka (potong kecil2)
-Kelapa parut + garam halus
- Air daun pandan (blend)/ pewarna
-garam

Cara2:

1)  Masukkan air daun pandan ke dalam tepung pulut. Adun sampai jadi doh..
2)Ambil sedikit2 dan leperkan.
3)Masukkan gula melaka
4)Bentukkan supaya jadi bulat
5) Panaskan air dalam periuk.masukkan garam kasar
6)Bila air mendidih masukkan bulat2 tadi tu dalam air..hehe
7)Tunggu sampai klopung tu terapung di permukaan.
8)Golek2kan atas kelapa parut
9)Hidangkan.

Senang je.Cubalahhhh...


Gambar copy paste..Tak sempat nak ambil gambar semalam

Wednesday, 10 July 2013

CATATAN 1 RAMADHAN

بسم الله الحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

Ramadan kareem saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kita dapat dipertemukan lagi dengan bulan bonus ini pada tahun 1434H ini.

Seronok rasa hati ni.Tak terluah dengan kata2 kenikmatannya. Betapa ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Hmm...bersempena dengan 1 Ramadhan ni..maka bermulalah saya berblogging selepas membuat blog ni berhabuk dek kerana tak update. Jadi sempena Ramadhan ni in sha Allah nak update setiap hari..

Saya pasti setiap orang mesti nak memperbanyakkan ibadah dalam Ramadhan ni kan? Jadi untuk pastikan ibadah kita ni berterusan kita perlu buat satu jadual. Jadual ni dipanggil mutabaah.

Ni dia.. 








Saya pun ada download mutabaah ni utk aplikasi BFF saya (smartphone)..hehe..utk sesiapa yang dah guna smartphone korang boleh la download app ni kat play store ye..type je 'mutabaah ramadan'..

ni dia..





Dengan adanya mutabaah ni moga2 kita lebih bersemangat untuk mentransfomkan diri kita untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik.

Lastly..terimalah lagu baru Maher Zain (Ramadhan)



Salam Ramadhan semua..=)